Ubah suai ekzos - JPJ guna 2 pendekatan advokasi

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan tindakan secara advokasi dan nasihat dalam menangani isu kesalahan membabitkan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.


Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, sebelum sebarang tindakan berbentuk penguatkuasaan undang-undang diambil, pihaknya akan menggunakan kedua-dua pendekatan itu.


Untuk tujuan itu, beliau berkata, langkah pertama dilakukan pihak berkuasa itu adalah pengeluaran Notis Temu Siasat mengikut Seksyen 114(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Ia dikeluarkan bagi tujuan siasatan dan pengumpulan maklumat untuk advokasi atau nasihat melalui aduan yang diterima JPJ berkaitan kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.

 

"Langkah kedua, melalui pengeluaran Notis Arah Periksa Kenderaan mengikut Seksyen 61(1) APJ 1987 dan Notis Larangan Penggunaan kenderaan (Notis PG1) mengikut Seksyen 59(1) APJ 1987, dikeluarkan apabila pemilik kenderaan motosikal disyaki melakukan kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran," katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas menyertai lawatan ke Stesen Penguatkuasa JPJ Labok dalam Op Penguatkuasa Khas, semalam.

 

Zailani berkata, pada masa sama, pemilik kenderaan diberikan peluang untuk membaiki atau menukar ekzos yang mematuhi pembuatan dan kegunaan yang sudah ditetapkan dalam tempoh sepuluh hari.

 

"Selain itu, pemilik kenderaan juga wajib mengemuka atau membawa semula kenderaan motosikal ke mana-mana pejabat JPJ bagi tujuan pemeriksaan sebagai bukti pembaikan terhadap ekzos sudah dibuat dan mematuhi kaedah pembuatan dan kegunaan," katanya.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata strategi penguatkuasaan terhadap kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran yang mengambil pendekatan berbentuk advokasi serta nasihat sudah diguna pakai sekian lama dalam penguatkuasaan berkaitan teknikal kenderaan JPJ.

 

"Sebarang pengubahsuaian ekzos kenderaan motosikal tanpa kebenaran adalah menjadi kesalahan dan boleh dikompaun tidak lebih RM300 atau jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pesalah boleh didenda mengikut Seksyen 119 APJ 1987 dan denda tidak lebih RM2,000 atau boleh dipenjara tidak lebih enam bulan," katanya.

 

Media sebelum ini melaporkan, kesalahan menggunakan ekzos bising motosikal hanya akan dikenakan tindakan advokasi, iaitu pengeluaran notis untuk temu siasat.

 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dilaporkan berkata perkara itu dimaklumkan JPJ supaya pesalah tidak dikenakan tindakan saman.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dibawah akta baharu itu, semua pihak yang terlibat dengan kesalahan itu bakal berdepan hukuman…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man…