UiTM, MARii lancar pusat R&D pacu pembangunan industri 4.0

oleh Mohamad Hanif|
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) melancarkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dinamakan sebagai MARii-UiTM Satellite Node.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat R&D yang terletak di Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar (SMRI) Kolej Kejuruteraan UiTM ini bertujuan untuk mengukuhkan pengembangan R&D Industri 4.0, mempromosi dan membangunkan rangkaian kerjasama akademik, budaya, penyelidikan dan bakat dalam sektor teknologi tempatan, serta memperkukuhkan rantaian pembekal 5.0 di Malaysia.

Selain itu, kedua-dua pihak turut akan membangunkan kerjasama baharu yang merangkumi program perkongsian industri, platform pembelajaran virtual untuk kursus yang berkaitan serta program pembangunan pasca siswazah selaras dengan Industry4WRD.

Tiga memorandum perjanjian (MoA) akan dimeterai antara kedua-dua pihak melibatkan pembangunan sistem pembelajaran virtual bagi pembuatan logam aditif, Pengajaran & Pembelajaran Talian Lean Karakuri IR4.0 dan membangunkan model ramalan untuk pelaksanaan Pengesanan Simptom COVID-19.
 

MARii


Majlis pelancaran serta Memorandum Perjanjian telah dirasmikan di antara Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor dan Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Prof. (Adj) Dato' Ts. Madani Sahari.

Menurut Prof. Datuk Roziah, perkongsian strategik ini akan memberikan ruang kepada UiTM untuk bekerjasama dengna industri berkaitan, dan dalam masa yang sama melahirkan graduan yang bersedia untuk industri IR4.0 terkini.

Selain berfungsi sebagai pusat R&D, MARii-UiTM Satellite Node akan berfungsi sebagai hab strategik bagi pelbagai indusri termasuk automotif, elektrik dan elektronik, serta logistik di Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya.