UKM lancar dua kereta berkuasa hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini memperlihatkan dua buah kenderaan berkuasa hidrogen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kedua-dua kenderaan itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Sel Bahan Api UKM dengan kerjasama pihak industri, iaitu kereta buggy golf UKM-FCH2B dengan kerjasama PETRONAS, dan SUV mini dengan kerjasama Myrenergy Sdn Bhd.
 

buggy


Kereta buggy itu memperoleh kuasa elektrik menggunakan bateri yang telah digantikan dengan sistem sel bahan api untuk meningkatkan kadar kecekapan operasi, selain boleh berfungsi sebagai penjana kuasa pegun 3,000 W untuk peralatan elektrik.

Sementara SUV itu pula merupakan kenderaan hibrid sel bahan api bagi membolehkan ia bergerak lebih jauh berbanding jarak perjalanan asal, serta dilengkapi dengan unit sokongan seperti pelembap dan pendingin bagi memastikan prestasi sentiasa optimum.

 


Sumber: UKM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Naib Canselornya, Profesor Ir Dr Mohd Hamdi Abd Sukor berkata, sasaran itu diyakini dapat dicapai…
Berita Domestik
Perodua Eco Challenge (PEC) yang merupakan program tanggungjawab korporat Perodua kini telah…