Ulangtahun ke-40 G-Shock - Pameran bersama 88rising pada 23 Oktober ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Sempena sambutan ulangtahun ke-40 G-Shock, jenama jam lasak nombor satu dunia itu mengadakan pameran "pop-up" di seluruh Asia Tenggara dengan tema "Rooted in Toughness".

Pameran itu akan singgah di Pavillion Kuala Lumpur bermula dari 23 sehingga 29 Oktober, yang juga merupakan lokasi terakhir untuk acara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara siri-siri popular G-Shock yang akan dipamerkan ialah siri Clear Remix, Remaster Black, Recrystallised, Adventurer's Stone, Flare Red dan jam kolaborasi G-Shock x Eric Haze.

Pengunjung ke pameran itu juga akan berpeluang mengimbau kembali ke sejarah G-Shock, bermula dari jam G-Shock DW-5600 C tahun 1983 yang memulakan era jam digital lasak hingga ke model GA-2100, yang menggabungkan elemen lasak dan inovasi.

 

 

Untuk peminat 88rising, mereka berpeluang untuk membeli t-shirt edisi terhad kolaborasi G-SHOCK x 88rising berharga RM139 sehelai.

Di bawah ialah informasi berkaitan pameran tersebut:

Tarikh: 23 - 29 Oktober 2023
Waktu: 10am – 10pm
Lokasi Pavilion Kuala Lumpur, Centre Court
Laman web: https://gshock.casio.com/my/thats-tough/rooted-in-toughness/

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Visi Yohji Yamamoto adalah menjadikan Y's jenama yang memfokuskan pada fungsi pakaian harian,…
Pelancaran
Ia menggunakan pengesan optikal di bahagian belakang jam tangan itu untuk mengesan secara tepat…
Gaya Hidup
  Dua nama kuat Jepun, Casio G-Shock dan karektor kartun robot nombor satu dunia, Transformers…