Ular, abu mayat antara perkara pelik yang dibawa ketika pandu uji di UK

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: NBC News

Bakal pembeli kebiasaannya akan membawa ahli keluarga untuk menguji sesebuah model baharu atau terpakai yang memasuki pasaran, dan melihat kesesuaiannya untuk dibelasah seharian. 

Namun, tidak kurang juga yang membawa perkara-perkara pelik ke pusat pameran yang mana ia lebih menimbulkan kehairanan dan kepelikan. 

Menurut kajian yang dibuat oleh CarGurus, mereka menyenaraikan kira-kira 10 perkara pelik yang dibawa oleh bakal pembeli ke pusat pameran kenderaan ketika sesi pandu uji. 

Kajian tersebut dijalankan selama 12 bulan untuk melihat betapa peliknya para pembeli di UK ketika membuat keputusan sebelum membeli kenderaan di pusat jualan kenderaan terpakai. 

Dan kebanyakan para pengedar ini mendedahkan ramai pembeli dan pelanggan mereka yang membawa perkara yang aneh seperti haiwan peliharaan termasuklah ikan, kucing, malah ular dan kuda juga turut tersenarai!
 

sumber gambar: UK Dog News


Menurut editor CarGurus, Chris Knapman, "ini merupakan contoh di mana barang-barang yang disebutkan tadi memang digunakan untuk melihat potensi kenderaan yang bakal dibeli.

"Adalah menyedihkan apabila anda membeli kereta baharu akan tetapi ular peliharaan sepanjang 3.65 meter anda tidak muat untuk diletakkan di dalam boot," ujar beliau berseloroh.

"Pun begitu, kami menyarankan anda supaya membawa perkara yang lebih penting seperti kerusi kanak-kanak, troli bayi, beg golf atau apa jua barangan yang lebih menepati kehidupan seharian anda.

Berikut merupakan senarai 10 perkara yang pelik lagi aneh yang dibawakan oleh para pembeli ketika memandu uji kereta:

  • telur bertuah
  • kuda
  • raifal
  • ular peliharaan
  • accordion (instrumen musik)
  • burung kakak tua
  • tilam 
  • abu mayat saudara
  • selipar
  • truncheon (baton polis)

Kami berharap rakyat Malaysia tidaklah sepelik ini ketika memandu uji kereta pilihan anda ya.

Sumber: CarScoops