Mengulas lanjut, katanya, dia sendiri tidak tahu dari mana ular itu muncul, namun mengesyaki ia menyelinap ke bawah lori lima tan yang dipakirnya di tepi jalan berhampiran sungai dekat Subang di Selangor.
"Masa berhenti di RnR (Rehat dan Rawat) Seremban tadi tiada pula ular itu keluar dan saya meneruskan perjalanan ke Malim untuk hantar barangan minuman bagi stesen minyak Shell.
"Namun, semasa berhenti untuk ke tandas tiba di Plaza Tol Simpang Ampat, saya hairan melihat benda seakan plastik berwarna hitam melekat pada belakang lori dalam keadaan cahaya lampu yang sama-samar.
"Ketika cuba pegang untuk membuangnya saya terperanjat mendapati ia seekor ular sawa. Kalau di kawasan kampung mungkin boleh ambil kayu untuk halau ular itu, tapi ini di plaza tol," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, empat anggota ke lokasi selepas menerima panggilan jam 5.30 pagi Jumaat, sebelum berjaya menangkap ular sawa sepanjang hampir dua meter dan berat kira-kira satu kilogram itu.
- 4168 -