UMW Toyota anjur peraduan Dream Car Art yang ke-15

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 1 Januari 2022 sehingga 11 Februari 2022, UMW Toyota Motor akan menganjurkan peraduan melukis kenderaan idaman yang terbuka kepada kanak-kanak di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Toyota Dream Car Art Contest" kini memasuki tahun ke-15 sejak ia mula dianjurkan pada tahun 2004 sebagai sebahagian daripada inisiatif sumbangan sosial Toyota.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu National Contest yang akan dianjurkan di negara yang mengambil bahagian (Ogos 2021 - Februari 2022) dan pemenang di dalam kategori ini akan menjadi wakil negara masing-masing di dalam World Contest yang akan dianjurkan di Jepun.

Untuk National Contest di Malaysia, hanya kanak-kanak yang berumur 15 tahun dan ke bawah, dan menetap di Malaysia sahaja layak untuk menyertai peraduan ini.
 

DCAC


Ia dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  • Kategori 1: Peserta umur 7 tahun dan ke bawah
  • Kategori 2: Peserta berumur 8-11 tahun
  • Kategori 3: Peserta berumur 12-15 tahun

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web global Toyota (https://www.toyota-dreamcarart.com/) atau laman web Malaysia (https://www.toyota.com.my/dreamcarartcontest.my/).