UMW Toyota catat 12% peningkatan jualan pada suku pertama tahun 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
UMW Toyota Motor (UMWT) akhiri suku pertama 2023 dengan cemerlang melalui jualan 9,026 unit Toyota dan 110 unit Lexus pada bulan Mac, menjadikan jumlah sebanyak 9,136 unit berbanding 9,297 unit (Toyota+Lexus) pada bulan Februari 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sehingga bulan Mac, jumlah jualan tahunan UMWT telah mencapai 25,219 unit berbanding 22,447 unit dalam tempoh yang sama pada tahun 2022, dimana ia mencatatkan 12% peningkatan.

Pada bulan Mac juga, UMWT telah melancarkan model sedan segmen B nya yang ditunggu-tunggu, iaitu Toyota Vios serba baharu.

Model sedan segmen B Toyota yang popular itu telah menjadi model paling laku untuk jenama bukan nasional, yang telah diperkenalkan semenjak tahun 2003.

Vios serba baharu itu kini didatangkan dengan peningkatan prestasi lebih baik, pecutan lebih pantas dan teknologi moden terkini yang menjadikannya pilihan kepada pelanggan untuk mencari sebuah kereta mampu milik dengan ketahanan terbaik.

 

2

 

Dalam satu berita lain, UMWT baru-baru ini telah manganjurkan program penanaman pokok bakau yang dihoskan oleh Malaysian Nature Society (MSN) di Tanjung Tuan, Melaka.

Inisiatif tersebut menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Kebangsaan dan mencapai ketiga-tiga objektif Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Baca: UMW Toyota kekalkan kelestarian alam melalui usaha penanaman pokok bakau

Selain itu, sempena bulan Ramadhan ini, UMWT telah mengumumkan promosi untuk beberapa model terpilih yang bernilai sehingga RM8,000, pembiayaan pinjaman 100% dan Toyota Service Savers dengan ansuran bulanan serendah RM22.

Pemilik Toyota juga boleh mengharapkan perjalanan pemilikan kereta lebih lancar dengan perkhidmatan selepas jualan Extra Mile yang menjanjikan pengalaman pemilikan kereta luar biasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang UMW Toyota atau hubungi mereka di talian 1-800-8- TOYOTA (869682).

Baca: Toyota Vios 2023

Baca: Pandu Uji Pertama - Toyota Vios 2023

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…