UMW Toyota dedah teaser Fortuner, Innova facelift, pelancaran dalam masa terdekat

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi paparan banner yang terpampang di laman web rasmi UMW Toyota Motor (toyota.com.my), UMW Toyota telah mendedahkan dua keping gambar teaser model yang akan dilancarkan tidak lama lagi, Fortuner dan Innova facelift 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, versi facelift Toyota Fortuner dilancarkan di Thailand pada Jun yang lalu membawakan perubahan terhadap rupa luaran seperti reka bentuk gril dan bumper yang diberikan nafas baharu, set lampu LED yang lebih tajam serta lampu belakang yang dikemaskini.

Berdasarkan gambar dari laman web UMW Toyota Motor, Fortuner yang bakal dibawa masuk berkemungkinan besar merupakan versi Fortuner Legender dengan reka bentuk yang lebih agresif dan sporti.

Tidak seperti Fortuner standard, Legender mendapat kelengkapan tambahan seperti set rim bersaiz 20 inci, lampu projektor berkembar LED, jalur LED tambahan pada bumper, bumbung dan tiang berwarna hitam, serta rekaan bumper belakang serba baharu.

Baca: Toyota Fortuner 2021 (facelift)

 


Sebuah lagi model yang diacah adalah MPV Toyota Innova yang turut menerima kemasan berbentuk kosmetik seperti gril trapezoid, pembaharuan terhadap perumah lampu kabus, dan lampu belakang yang diberikan efek gelap.

Teaser yang diberikan oleh UMW Toyota memperlihatkan varian Venturer, di mana jika mengikut spesifikasi pasaran Indonesia, ia mendapat kelengkapan unik seperti gril trapezoid dalam warna krom gelap, pemasangan spoiler bampar, spoiler tailgate dan set rim 17 inci dengan kemasan dua tona.

Baca: Toyota Innova 2021 (facelift)

Dari segi penawaran kuasa, terdapat kemungkinan besar UMW Toyota akan melengkapkan Fortuner facelift dengan enjin baharu yang menduduki perut Hilux, iaitu enjin 2.8 liter 1GD-FTV yang menghasilkan 204 PS dan 500 Nm, sementara Innova pula akan kekal dengan enjin asal iaitu 2.0 liter 1TR-FTE yang menghasilkan 139 PS dan 183 Nm.

UMW Toyota juga telah membuka pendaftaran minat bagi mereka yang mahukan kedua-dua model ini, dan perincian penuh seperti spesifikasi dan harga akan menyusul dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…