UMW Toyota dedah teaser model terbaharu Toyota Harrier, pelancaran bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi Toyota Corolla Cross, UMW Toyota nampaknya tidak terus mendiamkan diri dan berdasarkan gambar teaser terbaharu yang dimuat naik, secara tidak langsung ia mengesahkan pelancaran sebuah lagi model terbaharu yang dijadualkan pada bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, UMW Toyota juga turut membuka pendaftaran bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Toyota Harrier generasi terbaharu yang dijangka akan tiba dalam masa terdekat.

 


Berdasarkan model Harrier yang dilancarkan di peringkat global (nama lainnya Toyota Venza), terdapat dua trenkuasa yang ditawarkan iaitu enjin hibrid A25A-FXS empat silinder sebaris Dynamic Force bersesaran 2,487 cc (178 PS/221 Nm) dan motor elektrik yang mampu menjana 120 PS dan 202 Nm yang memacu roda hadapan serta sistem transmisi CVT elektrik.

Sebuah lagi enjin aspirasi natural ditawarkan iaitu enjin Dynamic Force bersesaran 1,986 cc yang mampu menghasilkan 171 PS dan 207 Nm serta digandingkan dengan transmisi Direct Shift-CVT.

 


Sebagai perbandingan, Toyota Harrier generasi terdahulu yang dibawa masuk oleh UMW Toyota didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo twin-scroll yang menghasilkan 227 hp dan 350 Nm dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Dari segi dimensi, Toyota Harrier membawakan dimensi sepanjang 4,740 mm, tinggi 1,660 mm, lebar 1,855 mm manakala jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 195 mm.

Dibangunkan atas platform TNGA-K yang sama digunakan pada Toyota RAV4, Toyota Harrier baharu ini menerima tetapan suspensi MacPherson di hadapan dan double-wishbone di belakang.

 


Perincian lanjut bakal diketahui dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi anda yang sudah buntu untuk mencari idea mencantikkan Toyota Harrier (nama di pasaran lain…
Berita Global
Untuk tahun 2021, Toyota telah menawarkan kemaskini terhadap Sienta berupa penambahbaikan terhadap…
Berita Domestik
Yang pasti, Toyota (menerusi UMW Toyota) kini bukan sekadar menjual produk yang tahan lasak dan…