UMW Toyota lantik Takashi Obata sebagai timbalan pengerusi ganti Akio Takeyama

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan pelantikan Takashi Obata sebagai Timbalan Pengerusi baharu berkuat kuasa 1 Februari 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelantikan Obata bakal mengemudi hala tuju UMWT menjadi sebuah syarikat yang berinovasi dan menggunapakai CASE (Connected cars, Autonomous driving, Shared, and Electric).

Sebelum menyertai UMW Toyota, Obata mempunyai pengalaman yang meluas di dalam Toyota Motor Corporation selama 30 tahun dan pernah berkhidmat di dalam divisyen perancangan operasi serta perancangan produk jualan di peringkat global.

Ketika mengulas pelantikan beliau, Obata berkata, "teknologi sedang pesat berkembang dengan keperluan dan tanggungjawab untuk menyesuaikan diri dengan CASE semakin meningkat, diikuti dengan neutral karbon.

"Ini merupakan satu keutamaan yang sedang dikejar oleh Toyota di peringkat global dan ia telah pun bermula di Malaysia menerusi pelancaran model hibrid Toyota Corolla Cross.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada legasi yang ditinggalkan oleh Akio Takeyama, dan tanggungjawab ini tidak dapat dinafikan akan menjadi satu cabaran yang besar.

"Namun, saya yakin kami akan mencapai lebih banyak kejayaan untuk tahun-tahun mendatang, terutama dengan sokongan kuat daripada kerajaan Malaysia dan juga pemegang kepentingan kami.

Sebelum ini di bawah kepemimpinan Akio Takeyama, UMW Toyota telah berjaya mencatatkan peristiwa penting, seperti contoh pembukaan kilang pemasangan di Bukit Raja yang diiktiraf sebagai kilang Toyota yang berkualiti dan produktif nombor satu di Asia, penstrukturan semula aspek jualan dan servis di Malaysia, pengenalan Gazoo Racing, serta merampas kembali kedudukan sebagai jenama bukan nasional nombor satu selepas enam tahun selain memperkenalkan banyak model baharu Toyota.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…