UMW Toyota Motor berjaya edar 6,432 kenderaan sepanjang Februari 2022

oleh Mohamad Hanif|
Bulan Februari 2022 terus menyaksikan prestasi jualan UMW Toyota yang cukup positif, di mana sebanyak 6,366 unit kenderaan Toyota dan 66 unit Lexus telah berjaya diedarkan kepada pelanggan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding pencapaian pada Februari 2021 di mana 5,026 unit Toyota dan 48 unit Lexus telah terjual sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Ravindran K selaku Presiden UMW Toyota Motor berkata, "kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami terhadap jenama Toyota, dan kami optimis dengan pertumbuhan yang berterusan bagi sektor automotif Malaysia.

"Sebagaimana kami terus berinovasi dan membawakan produk dengan teknologi dan keselamatan terbaik yang mampu meningkatkan gaya hidup, kami percaya rakyat Malaysia akan terus memilih Toyota sebagai teman jalanan pilihan mereka.

Sebagai sebahagian daripada usaha menawarkan kemudahan serta Toyota Quality Experience kepada pelanggannya, Toyota telah pun membuka pusat 2S dengan perkhidmatan Badan & Cat yang terletak di Skudai, Johor.

Outlet baharu yang dibuka dengan kerjasama Super Evergreen (Nusajaya) Sdn Bhd ini mampu menampung jumlah pelanggan Toyota yang semakin meningkat di negeri tersebut.

Terdahulu, UMW Toyota telah pun menamatkan pertandingan Dream Car Art Contest yang ke-15 dengan lebih 2,300 penyertaan, dan tiga pemenang peringkat nasional akan mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang akan berlangsung di Jepun.

Dream Car Art Contest dilancarkan pada tahun 2004 bertujuan untuk memupuk imaginasi dan ekspresi artistik kanak-kanak dalam bentuk seni.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…