Pakej TSS boleh digunakan di semua 85 pusat servis sah Toyota di Malaysia dalam tempoh lima tahun dari tarikh ia dibeli. Harga bagi pakej TSS bergantung kepada model, bermula dari RM3,220 bagi Vios (penjimatan RM469) hingga RM6,030 bagi Hilux (penjimatan RM922).
Pakej-pakej berkenaan merangkumi semua keperluan setiap model pada selang jadual servis yang sepatutnya (seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pemilik) dan sudah termasuk sekali minyak pelincir dan alat ganti. Hanya alatan ganti tulen Toyota Genuine Parts atau yang disahkan oleh Toyota sahaja akan digunakan.
Sebagai manfaat tambahan, semua pelanggan TSS juga layak untuk menikmati potongan harga 10 peratus bagi alat ganti terpilih dan potongan harga 20 peratus bagi pakej imbangan dan jajaran tayar serta servis pendingin hawa di semua pusat servis sah Toyota.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej Toyota Service Savers, pelanggan boleh menghub-ungi mana-mana bilik pameran atau pusat servis rasmi Toyota. Bagi mengetahui lokasi berdekatan anda, layari https://www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).