UMW Toyota sumbang RM170k kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd menerusi kempen Start Your Impossible (SYI) telah menyumbang RM170,000 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), mengukuhkan komitmennya terhadap masa depan yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Start Your Impossible merupakan kempen yang dijalankan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) sempena penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selaras dengan kempen ini, UMWT telah memperkenalkan acara tahunan Toyota Outrun yang bukan sahaja mampu mempromosikan imej jenama yang lebih dinamik, malah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat mobiliti yang inovatif.

Dana yang terkumpul dari Toyota Outrun ini akan disalurkan untuk tujuan memperkasakan perkhidmatan NCSM, membolehkan mereka meneruskan inisiatif penting seperti Program Saringan Kanser, Pemeriksaan Kesihatan Komuniti, Jejak Kanser dan Kempen Vaksinasi.

Selain itu, sumbangan itu juga akan digunakan untuk tujuan pengangkutan harian bagi pesakit yang tinggal di Rumah Kanak-kanak dan Warga Emas untuk mendapatkan rawatan perubatan.
 

toyota


Majlis penyerahan rasmi sumbangan tersebut telah berlangsung di Pejabat UMWT Shah Alam, dan disaksikan oleh wakil pengurusan kanan daripada UMWT, serta wakil kehormat NCSM.

Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota, berkata “Di UMWT, kami percaya kepada kuasa transformasi yang dijayakan menerusi kerjasama. Menjadi sebuah syarikat mobiliti yang inovatif, misi kami bukan sahaja terhad kepada segmen automotif.

"Ianya melibatkan usaha kami untuk memberi impak yang mendalam dan bererti kepada kehidupan semua seterusnya membentuk masa depan yang lebih cerah dan bermakna untuk semua. Ini seiring dengan Slogan UMWT, iaitu ‘'Move Your World’, yang mendorong komitmen kami untuk memastikan UMWT terus maju ke hadapan.

“Kerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia membuktikan dedikasi kami untuk mencipta perubahan positif. Hasrat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan dan sokongan kepada masyarakat dan menyakinkan mereka bahawa mereka mempunyai sistem sokongan yang utuh dalam melawan penyakit kanser,” tambah Datuk Ravindran K.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…