UMW Toyota terbit video ringkas sempena Hari Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Untuk meraikan Hari Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) telah menerbitkan sebuah filem pendek yang memaparkan apa ertinya
untuk menjadi warga Malaysia yang sebenar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Filem berkenaan adalah tentang nilai-nilai murni seperti saling menghormati, tolak ansur dan penerimaan di peringkat peribadi. Menampilkan dua selebriti Malaysia, Shukri Yahaya dan Shafiq Kyle, penonton boleh mengikuti perjalanan dalam hidup dua rakan rapat ini serta menyelami sendiri fikiran serta emosi mereka ketika hubungan persahabatan diuji.

Emosi yang terkandung agak tegang, membawa penonton untuk turut sama merenung dan menyedari bahawa perbezaan tidak sepatutnya memisahkan kita, tetapi boleh dimanfaatkan untuk mengukuhkan lagi hubungan — sekiranya kita ada rasa hormat, kasih, bertolak ansur dan menerima antara satu sama lain seadanya.

"Kami percaya filem pendek ini mampu menyentuh setiap hati seluruh rakyat Malaysia secara peribadi. Filem ini melambangkan kesabaran dan tolak ansur, dan kami berharap semua kita dapat menzahirkan mesej berkenaan dalam kehidupan serta hubungan keseharian kita bersama," ujar Presiden UMW Toyota Motor,
Ravindran K.

"Dengan kepelbagaian yang ada di negara ini, yang melibatkan perbezaan unik, UMW Toyota menjadi lebih kuat ketika kami memanfaatkan kelebihan tersebut dan menjadikannya kelebihan kami. FIlem ini berhasrat untuk menunjukkan kekuatan
kita bersama sebagai sebuah negara," tambah beliau.

Shukri Yahaya dan Shafiq Kyle, yang mana masing-masing mula terlibat bersama Toyota sejak 2017 dan 2019 merupakan pelumba selebriti Toyota Gazoo Racing.

Mereka sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini dan berbangga dengan pesan yang ingin disampaikan.Melalui filem pendek ini, UMW Toyota berharap untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa kisah Malaysia adalah dibangunkan daripada jalinan kisah persahabatan ramai individu. Seperti kata-kata yang selalu selalu diucapkan; bersatu kita teguh, bercerai kita robohar satu hari nanti...

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…