UMWT bakal lancar lebih banyak produk GR, GR-Sport

oleh Mohamad Hanif|
Berita menarik buat para peminat kereta-kereta pantas Toyota, di mana Toyota dan GAZOO Racing bakal memperkenalkan beberapa buah model GR serta GR-Sport untuk pasaran Malaysia pada tahun ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Pada ketika ini, produk GR yang wujud termasuklah GR Supra, GR Yaris serta sedan Vios GR-S yang merupakan kereta pemasangan Asean yang pertama memakai lencana GR.

Model GR yang dimaksudkan itu merujuk kepada sebuah lagi model baharu yang telah pun dilancarkan di peringkat global, iaitu GR86.

Sementara itu, masih lagi belum jelas model manakah yang bakal mendapat talaan ringan GR-Sport seperti yang telah diperkenalkan sebelum ini menerusi Vios GR-S.
 

GR SPort


Sebagai makluman, negara-negara jiran di sekitar Asia Tenggara sudah pun menerima barisan model GR-Sport seperti Corolla GR-Sport, Corolla Cross GR-Sport, serta Hilux GR-Sport.

Tidak ketinggalan, lebih banyak penawaran komponen-komponen berprestasi aftermarket serta barangan GR yang boleh didapati menerusi GR Garage di seluruh negara dalam masa terdekat.

Selain daripada kehadiran pelbagai model menarik, UMWT juga akan turut menganjurkan kelas-kelas pemanduan, serta sesi aktiviti yang mampu memberikan skill dan pengalaman pemanduan yang mampu menyahkunci potensi sebenar kenderaan mereka.
 

GR


Festival Toyota Gazoo Racing muncul kembali untuk musim kelima dengan menampilkan tiga pusingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak enam perlumbaan.

Pusingan pertama akan bermula pada bulan Mac ini (18-20 Mac), diikuti pusingan kedua pada 24-26 Mac, dan pusingan ketiga pada 23-25 September nanti, dua daripadanya menggunakan Litar Sepang dan satu daripadanya menggunakan format perlumbaan jalanan.

Tidak ketinggalan, perlumbaan dalam talian GR Velocity Esports Championship juga akan diteruskan untuk musim kelima.

Dalam pada itu, GAZOO Racing turut mengumumkan pengekalan Tengku Djan Ley sebagai Duta Rasmi bagi GR Malaysia, sementara Akio Takeyama yang telah menamatkan tugasnya di Malaysia akan digantikan oleh Takashi Obata selaku Naib Pengerusi UMWT yang baharu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…