UMWT buka tempahan bagi model Corolla Cross CKD, tiga varian, harga anggaran dari RM123,000

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi model crossover Corolla Cross Hybrid - model hibrid elektrik yang pertama dipasang dalam negara (CKD).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Model baharu ini ditawarkan bersama-sama model Corolla Cross dengan enjin 1.8 liter iaitu Corolla Cross 1.8V dan 1.8G, di mana ketiga-tiga varian itu kini dipadang di kilang ASSB Bukit Raja, Klang.

Dari segi kuasa, Corolla Cross Hybrid menggunakan padanan enjin 2ZR-FXE 1.8 liter petrol (98 PS/142 Nm) dan motor elektrik (72 PS/163 Nm), sistem transmisi e-CVT dengan empat mod pemanduan (Sport, Eco, Normal dan EV).
 

Corolla Cross


Sementara Corolla Cross 1.8V dan 1.8G masing-masing mengekalkan sistem janaan kuasa yang sama, iaitu enjin 2ZR-FBE 1.8 liter DOHC Dual VVT-i dengan kuasa 139 PS dan 172 Nm, serta transmisi CVT.

Berbanding versi terdahulu yang dilancarkan sebelum ini, Corolla Cross CKD mendapat penambahan ciri baharu seperti lampu depan bi-LED, lampu nyalaan siang LED, serta rel bumbung bagi imej yang lebih sporti dan lasak.
 

Corolla


Ruang kabin pula mendapat kelengkapan seperti sistem lampu LED pada pintu depan, pemegang cawan, ruang talam, tempat duduk pemandu boleh laras lapan cara, ruang kargo sebesar 440 liter dan pintu belakang automatik.

Sistem infotainmen pula kini sebesar sembilan inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, serta slot pengecasan USB Type-C dan slot pengecasan tanpa wayar.

Dari segi keselamatan, kesemua varian kecuali varian Corolla Cross 1.8G kini lengkap dengan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 yang merangkumi:

  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCS),
  • Amaran Keluar Laluan (LDA)
  • Bantuan Pengesanan Laluan (LTA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • bantuan suluhan tinggi automatik (AHB)

 

Corolla


Ciri di atas melengkapi teknologi keselamatan lain seperti tujuh beg udara SRS, cagak ISOFIX, sistem pemantauan titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), panoramic view monitor, Driver Start Control, dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Harga jualan bermula dari RM123,000 untuk varian Corolla Cross 1.8G, RM129,000 untuk Corolla Cross 1.8V, sehingga RM137,000 untuk varian Corolla Cross 1.8 Hybrid.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, sementara pek bateri hibrid didatangkan dengan jaminan berasingan selama lapan tahun yang turut merangkumi unit inverter dan kawalan pengurusan kuasa ECU.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Warna Barcelona Red dengan bumbung Jet Black nampak menyerlah dan terdapat dua lagi pilihan…
Berita Global
Berdasarkan laporan, Corolla Cross Hybrid ini didatangkan dengan sistem hibrid generasi kelima…
Berita Domestik
Sejak tempahan dibuka pada Oktober tahun lalu, Corolla Cross Hybrid mencatatkan respons yang…