UMWT kekal kedudukan jenama bukan nasional nombor satu

oleh Penyumbang Rencana|
UMW Toyota Motor (UMWT) kekal sebagai jenama bukan nasional nombor satu dengan merekodkan jualan kenderaan terkumpul pada tahun 2022 sebanyak 79,308 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang bulan Oktober 2022, jumlah kereta baru yang dihantar oleh UMW Toyota Motor meningkat sebanyak 0.5 peratus berbanding jumlah pada bulan September 2022.

Sebanyak 9,281 unit (9,175 unit Toyota dan 106 unit Lexus) kereta telah dijual oleh Toyota pada bulan Oktober 2022.

Peningkatan jualan ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan jualan pada Oktober 2021 dengan sebanyak 8,500 unit, yang menunjukkan perbezaan sehingga 9 peratus.

Untuk 10 bulan pertama 2022, jumlah jualan kereta Toyota dan Lexus mencatatkan 80,153 unit. Ini menunjukkan peningkatan sehingga 47 peratus, berbanding jualan pada tahun 2021 dalam tempoh yang sama.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K berkata, “Walaupun keadaan ekonomi mencabar, pasaran kereta tetap stabil memulihkan kekuatannya sepanjang tahun. Terima kasih atas sokongan pelanggan setia kami, permintaan untuk kenderaan Toyota kekal tinggi dan bagi mereka yang terpaksa menunggu lebih lama untuk kenderaan baharu mereka, kami sedang berusaha keras untuk memastikan penghantaran kereta secepat mungkin.”

Ravindran. K juga berjanji, “Sebahagian produksi kami masih terjejas, tetapi yakinlah bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk menghantar kereta baharu secepat mungkin.”

Selain itu, dalam bulan yang sama iaitu pada Oktober 2022, UMWT telah melancarkan sebuah model baharu yang dinanti-nantikan, Toyota Veloz. 

Veloz merupakan sebuah Crossover Premium serba baharu yang menjanjikan “Happiness Inside Out”. Veloz serba baharu ini juga menawarkan tahap keselesaan yang lebih tinggi dengan penampilan yang lebih premium.

Sebelum pelancaran rasmi, Toyota Veloz telah menerima jumlah tempahan yang tinggi dengan 7,000 unit direkodkan.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…