UMWT lancar kempen penukaran beg udara bagi model Toyota dan Lexus terjejas

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan pelancaran Kempen Servis Istimewa (SSC) khusus untuk pengguna mereka.

Dalam kempen tersebut, pengesan beg udara kenderaan Toyota milik pengguna akan diperiksa dan ditukar sekiranya komponen berkenaan tidak berfungsi dengan baik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta dimaklumkan lebih 2,800 unit Toyota Corolla Altis dan 500 unit Lexus NX serta Lexus RX dikhuatiri mengalami masalah sedemikian.

(Dari kiri; Lexus NX, Toyota Corolla Altis dan Lexus RX)

Kebanyakan model-model bermasalah adalah keluaran dari Jun 2015 hingga Januari 2016.

Menurut UMWT, masalah tersebut berpunca daripada pemasangan penebat Cip Litar Bersepadu (IC) di dalam komponen berkenaan yang kurang sempurna.

Mudah sahaja untuk mengesan masalah tersebut, cahaya daripada lampu amaran beg udara kenderaan yang terjejas malap.

Jika hal tersebut terjadi, dikhuatiri komponen beg udara berkenaan tidak akan berfungsi ketika diperlukan (kemalangan).

Jangan risau. Pengguna kenderaan terjejas akan dimaklumkan untuk membawa kenderaan ke mana-mana cawangan pengedar sah Toyota atau Lexus.

Harus diketahui, proses penukaran komponen tersebut mengambil masa selama 30 minit hingga 4 jam (bergantung kepada model). Kos penukaran komponen ditanggung sepenuhnya UMWT.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1800-88-69682 (Toyota) manakala 1800-88-53987 (Lexus) atau layari laman web rasmi mereka di www.toyota.com.my atau www.lexus.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…