UniMAP terima seunit Kawasaki Z650 bagi tujuan pembelajaran

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar rasmi motosikal berjenama Kawasaki di Malaysia, Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) hari ini menyediakan sebuah motosikal model Z650 untuk kegunaan Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran UniMAP (MoTECH) sebagai alat bantu mengajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Motosikal tersebut juga akan digunakan untuk siri kursus pemanduan yang akan dianjurkan oleh MoTECH untuk pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha untuk menambahkan kecekapan pemanduan dan penunggangan serta meningkatkan lagi kesedaran keselamatan di jalan raya.

Siri kursus tersebut yang bakal dijalankan di Litar UniMAP juga mendapat kerjasama dari JPJ dan JKJR. KMSB berbesar hati untuk terlibat sama dengan program yang dianjurkan oleh UniMAP dengan menyediakan sebuah motosikal Z650. 

KMSB juga menganjurkan beberapa kempen keselamatan jalan raya untuk sebahagian daripada aktiviti Khidmat Tanggungjawab Sosial. Antaranya, pada Disember 2017 yang lalu, KMSB telah melancarkan Kawasaki Safety and Responsible Riding course untuk para penunggang motosikal Kawasaki. 

Selain itu, KMSB juga telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina.

Kempen Keselamatan yang kali ketiga dianjurkan bersama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) itu bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan. 

KMSB berharap dengan penggunaan motosikal Kawasaki Z650 tersebut, dapat membantu MoTECH dan UniMAP dalam melancarkan dan menjayakan siri kursus pemanduan yang akan dijalankan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hak pengedaran tersebut kini dipenuhi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal…
Berita Domestik
Keputusan itu dibuat oleh barisan lembaga pengarah KMSB mengambil kira beberapa perkembangan…
Berita Global
“Pelaburan dalam bentuk motosikal retro atau klasik adalah lebih menguntungkan dan disamping itu,…