Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ aktif cekup pesalah trafik

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat semakin ‘mengganas’ menerusi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) apabila berjaya mengesan dan mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.


UPB merupakan unit penguatkuasaan JPJ dimana setiap anggotanya dilengkapi alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Antara kesalahan pengguna jalan raya yang sering dirakamkan UPB ialah seperti kegagalan memakai tali pinggang keselamatan, bermain telefon serta berhenti di petak kuning.

 

Menurut JPJ, pihaknya akan terus memantapkan skuad UPB dengan penambahan unit Smart Enforcement Device (SMED) dan Enforcement Action Camera (AEC) dalam mempelbagaikan kaedah penguatkuasaan.

 

“Kami akan terus memantapkan penguatkuasaan khususnya melalui UPB bagi memastikan setiap pengguna jalan raya dapat mematuhi undang-undang ditetapkan.

 

“Menerusi rondaan UPB baru-baru ini di sekitar Puchong dan Cyberjaya sebanyak 138 kesalahan pengguna telah dikenal pasti antaranya bermain telefon ketika memandu dan berhenti di petak kuning,” katanya lagi.

 

 

Kosmo