Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selepas kerajaan membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi, pihaknya mengesan peningkatan aliran trafik dan pertambahan kenderaan di semua lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara.
"Bagaimanapun, aliran trafik dan kadar kemalangan masih lagi terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama TV baru-baru ini.
Tambah beliau, unit EMPV digerak bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di jalan raya, termasuk rondaan cegah kemalangan, menjalankan pematuhan SOP Op COVID-19 di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) serta kawasan hentian sebelah di lebuh raya.
Selain daripada itu, tindakan penguatkuasaan (operasi) dibuat di peringkat kontinjen negeri dan daerah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Sumber: Bernama