Unit prototaip Civic Type R 2023 pecah rekod terpantas di Litar Suzuka!

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat dilancarkan secara rasmi, Honda nampaknya sengaja menunjukkan taring Civic Type R terlebih dahulu di Litar Antarabangsa Suzuka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model prototaip Civic Type R 2023 itu berjaya memecahkan rekod terpantas bagi kategori jentera pacuan roda depan dengan catatan masa 2 minit 23.120 saat, mengalahkan model Civic Type R Limited Edition (2 minit 23.993 saat).

Ketika sesi cubaan dibuat pada 15 Mac yang lalu, Honda juga sengaja menutup paparan kluster instrumen bagi menghalang data-data yang berharga daripada terbocor terlebih awal.

Berdasarkan info terdahulu, Honda Civic Type R 2023 dijangka akan membawakan nadi 2.0 liter turbo yang telah ditala semula, di mana ia dikatakan melebihi kuasa yang ditawarkan pada Civic FK8R (316 hp).

Terdapat ura-ura yang mengatakan Honda juga bakal menawarkan transmisi automatik sebagai alternatif kepada mereka yang tidak menggemari kotak gear manual.

Namun, apa yang pasti, Civic Type R bakal menggerunkan pesaing-pesaingnya, seperti VW Golf R, Hyundai i30 N, dan tidak ketinggalan Toyota GR Corolla yang baharu sahaja dilancarkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun menurut penala terkenal Honda, Hondata yang kini sedang membangunkan kit prestasi untuk Civic…