Unit terakhir Bugatti Centodieci dihantar kepada pemiliknya, hanya 10 unit dihasilkan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Jenama Bugatti sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat kereta eksklusif dan eksotik, pengeluar jenama asal Perancis itu telah menghasilkan beberapa binaan terhad dan istimewa untuk pelanggannya yang dipilih secara khusus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Binaannya yang terkini, Bugatti Centodieci hanya dihasilkan sebanyak sepuluh unit sahaja dan telah habis dijual, Centodieci dihasilkan sebagai penghormatan kepada model klasik Bugatti EB110 yang dihasilkan sebanyak 139 unit sahaja.

 

rear

 

Menamatkan bab penting dalam era moden pembinaan kereta Bugatti, unit terakhir Centodieci menampilkan bahagian luar dengan warna Quartz White bersama kemasan karbon hitam di bahagian bawah badan serta jeriji hitam matt.

Diilhamkan dari generasi awalnya, Centodieci itu didatangkan dengan kaliper brek biru muda bersama logo Bugatti di sayap belakang.

 

interior

 

Warna tersebut turut digunakan pada bahagian dalam di mana tempat duduk, pelapik bumbung, panel pintu, konsol tengah dan alas lantai semuanya disiapkan dalam warna yang sama.

Presiden Bugatti Automobiles, Christophe Piochon berkata, "Centodieci menghimpunkan semua komponen jenama Bugatti ke dalam satu pakej yang jarang, inovasi, warisan, ketukangan dan prestasi tiada tandingannya"

 

plate

 

"Keseluruhan pengeluaran terhad sebanyak sepuluh unit sangat dicari oleh pelanggan kami sehingga ia habis dijual sebelum didedahkan secara rasmi."

Apabila menulis tentang Bugatti, tidak sah lah jika tidak disebut tentang enjin, Bugatti Centodieci dikuasakan enjin W16 8.0 liter quad-turbo menghasilkan kuasa sehingga 1600 HP, membolehkan kuasa pecutan dari 0-100 kmj dalam 2.4 saat dengan kelajuan tertinggi sehingga 380 kmj.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
    Kereta itu dikatakan dicetus menerusi inspirasi sejarah Bugatti. Ia berwarna hitam dan…
Berita Global
Ronaldo, 36, menghabiskan hampir sepanjang tempoh kuarantin tahun lalu di Madeira dan dipercayai…
Berita Global
  Pemain Portugal itu mengumpulkan koleksi kereta mewah itu hasil daripada kekayaan aksi bola…