Unit terakhir Tesla Roadster untuk dijual - harga dari RM6.34 juta

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Roadster merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh syarikat automotif Tesla, dan ia dibangunkan berdasarkan casis Lotus Elise.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan jumlah pengeluaran dihadkan kepada 2,500 unit sahaja, sukar untuk kita lihat penampilan roadster elektrik yang pernah dihantar ke bulan ini, memandangkan kebanyakan unit dijual lebih daripada 30 buah negara.

Bagi mereka yang berminat, unit terakhir Tesla Roadster ini boleh dimiliki dengan harga jualan 1.39 juta Swiss Francs, atau RM6.34 juta!

 


Menerusi senarai yang terdapat pada laman Car For You, Tesla Roadster ini menghabiskan kebanyakan sisa hayatnya di dalam garaj dengan jarak perbatuan yang amat rendah, 200 km sahaja.

Namun pemiliknya tetap menjaga dengan baik, malah ia kerap dicaj secara berkala bagi mengelakkan bateri discaj.

Unit terakhir Tesla Roadster ini memiliki ciri yang membezakannya dengan model Roadster yang lain, seperti contoh layangan warna putih yang unik, serta upholsteri kulit berwarna hitam dan putih di bahagian dalam.

 


Ia juga menampilkan diffuser belakang daripada gentian karbon, trim dalaman gentian karbon termasuklah kick plate, panel pintu dan juga papan pemuka.

Malah, roda stereng dan brek tangan mekanikal masih lagi mempunyai plastik pembalut!

Jika dilihat dengan teliti di bahagian firewall, terdapat plak khas yang menandakan ia merupakan salah satu daripada empat model "Roadster Sport Final Four" yang dikhususkan penjualannya untuk benua Eropah dan Asia, serta tandatangan staff Tesla yang membantu menyiapkan unit terakhir ini.

 


Tesla Roadster didatangkan dengan trenkuasa elektrik motor tunggal induksi jenis 3-phase, 4-pole yang mampu menghasikan 288 kuasa kuda dan daya kilas segera 400 Nm, sistem transmisi kelajuan tunggal dan mampu memecut sepantas 3.7 saat dari 0-100 km/j.

Pek bateri berkapasiti 80 kWh pula mampu membenarkan jarak operasi sejauh 640 km untuk sekali caj penuh.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Sejak daripada itu, Tesla Roadster telah pun bergerak sejauh 3,202,452,124 km di angkasa lepas dan…
Berita Global
Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya…