Unit-unit terakhir Grand Starex 2022 untuk direbut, kit badan sporti, dari RM163,888

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors mengumumkan model MPV premium 11 tempat duduk Hyundai Grand Starex 2022 kini hampir habis terjual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang masih mencari sebuah MPV untuk kegunaan perniagaan atau keluarga boleh mendapatkan unit-unit terakhir Grand Starex 2022 yang kini dilayangkan dengan warna biru Moonlight dan kit badan sporti.
 

Starex


Antara ciri lain yang dipertingkatkan termasuklah unit lampu belakang Crystal, serta spoiler belakang yang dilengkapi dengan lampu brek ketiga.

Boleh didapati dalam dua varian, iaitu Executive Plus atau Executive Plus dengan Telematics, Grand Starex dikuasakan oleh enjin diesel 2.5 CRDi VGT menghasilkan 168 hp @ 3,600 rpm dan daya kilas 441 Nm @ 2,000 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan memacu roda belakang.
 

Starex


Dengan tambahan sebanyak RM2,000, Grand Starex Executive Plus dengan Telematik didatangkan siap dengan sistem Telematik (Automatic Accident Detection, Manual eCall: Emergency Assistance, bCall: Breakdown Assistance, Service Assist, Mobile App - Connected Security Features & Stolen Vehicle Tracking) yang mampu meningkatkan tahap keselamatan pemandu dan penumpang.

Harga jualan untuk sebuah Hyundai Grand Starex Executive Plus bermula dari RM163,888, atau RM165,888 untuk varian Grand Starex Executive Plus dengan Telematik, dan setiap unit didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 300,000 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebaliknya, pihak pengurusan HSDM menjelaskan model Grand Starex akan terus dijual sebagai MPV 11…
Berita Domestik
Sistem Telematik yang ditawarkan ini merangkumi enam perkhidmatan seperti: eCall: Pengesanan…