United Airlines mahu mulakan penerbangan supersonik akhir dekad ini

oleh Mohamad Hanif|
Sejak tahun 2003, tiada lagi sebarang pesawat penumpang supersonik yang membuat penerbangan selepas tamatnya era Concorde (1969-2003), namun keadaan tersebut bakal berubah sedikit masa lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana syarikat penghasilan kapal terbang Boom telah mereka sebuah model bertaraf mercu yang dinamakan sebagai Overture, dan direka sebagai pesawat 88 penumpang yang paling pantas di dalam dunia dengan kelajuan Mach 1.7 (2,100 km/j).

Berita ini telah menarik minat syarikat penerbangan United Airlines di mana mereka merancang untuk mendapatkan sehingga 50 unit pesawat Overture itu dan memulakan penerbangan seawal akhir dekad ini.

 


Di bawah perjanjian pembelian yang baharu diumumkan, syarikat United Airlines akan membeli 15 unit awal terlebih dahulu, manakala 35 unit lagi akan disusuli selepas segala syarat keselamatan, operasi dan kesinambungan telah dipenuhi.

Penerbangan melepasi kelajuan Mach 1 telah pun diharamkan di Amerika Syarikat sejak tahun 1973 disebabkan pencemaran bunyi yang dijana oleh ledakan sonik.

Namun agensi Federal Aviation Administration kini mahu melonggarkan semula peraturan baharu yang mampu membenarkan pesawat supersonik beroperasi semula.

 


Dengan adanya pesawat Overture ini, perjalanan daripada Los Angeles ke Sydney hanya mengambil masa kira-kira lapan jam 30 minit atau dari Tokyo ke Seattle dalam tempoh 4 jam 30 minit sahaja.

Pada ketika ini, Boom telah pun membina model demo berskala satu pertiga yang dinamakan sebagai XB-1 dan model prototaip penuh dijangka akan tiba seawal tahun 2025.

Sumber: New Atlas

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ogos lalu, United Airlines mengumumkan semua pekerja dari Amerika Syarikat (AS) diminta menerima…
Berita Global
  Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata, pesawat terbabit dalam…