Salah langkah, kaki terpeleot, dan paling teruk, motor calar-balar.
Berita baik buat mereka (termasuk penulis) yang berkaki pendek ini, UpBikers kini menawarkan produk kasut tapak tinggi Overshoes yang sangat sesuai digunakan ketika menunggang motosikal yang lebih tinggi.
Produk Overshoes ini boleh dipakai pada kasut riding, mampu menambah ketinggian sebanyak 4 cm, dan dalam masa yang sama struktur tapak yang tebal itu mampu memastikan tahap keselamatan dan ergonomik yang baik terhadap kaki penunggang, terutama ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Di bahagian tapak kasut juga terdapat satu ruang kecil yang sengaja disediakan bertujuan untuk membolehkan penunggang mendapatkan posisi penukaran gear dan brek belakang yang lebih natural.
Anda boleh melihat sendiri produk Overshoes Upbiker ini di laman web rasmi dengan harga jualan bermula dari €75 (RM375).