Update 1.35 GT7 tambah dua kereta 4WD Jepun - Mitsubishi Lancer Evo III 1995, Subaru Impreza WRX 2004!

oleh Mohamad Hanif|
Permainan video simulasi perlumbaan Gran Turismo 7 telah mengumumkan kemaskini untuk bulan Jun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kemaskini 1.35 yang terbaharu yang boleh dimuat turun secara percuma itu, terdapat tiga buah kereta sedia untuk dinyahkunci dan dimainkan bermula 29 Jun ini.
 


Tiga buah kereta yang dimaksudkan termasuklah Aston Martin Vaklyrie 2023, serta dua buah jentera rali idaman para peminat model JDM, iaitu Mitsubishi Lancer Evolution III GSR 1995, dan Subaru WRX STi 2004.

 


Selain daripada itu, GT7 juga turut menambah dua menu baharu yang boleh dipilih di lokasi Cafe, iaitu Menu No. 24: Subaru WRX (Collector Level 26 dan ke atas), serta Menu No. 25: Mitsubishi Lancer Evolution (Collector Level 30 dan ke atas).
 

RC F


GT7 turut menyediakan liveri yang digunakan oleh Lexus RC F GT3 pasukan ANEST IWATA Racing yang dipandu oleh Igor Omura Fraga, sekiranya anda memilih untuk membeli sebuah Lexus RX F GT3 2017 daripada Brand Central.

Tidak ketinggalan, enam pilihan muzik terbaharu dimasukkan ke dalam menu Music Rally.

 

Aston Martin Valkyrie

 

 

 

Mitsubishi Lancer Evolution III GSR 1995

 

Subaru Impreza Sedan WRX STI 2004

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Gran Turismo menyediakan kemaskini 1.43 yang sedia untuk dimuat turun, menampilkan tiga…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…