Update 1.40 Gran Turismo 7 bawakan kemaskini terbesar: 7 kereta baharu, litar bersalji!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah kami laporkan, kemaskini terbaharu permainan simulasi perlumbaan Gran Turismo 7 kini membawakan perubahan terbesar sejak ia mula diperkenalkan pada Mac 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan, terdiri daripada:
• Dodge Charger R/T 426 Hemi 1968
• Dodge Charger SRT Demon 2018
• Lexus LFA 2010
• Mercedes-Benz 190E 2.5-16 Evolution II 1991
• Nissan Skyline GT-R R33 Nismo 400R 1995
• Porsche 911 GT3 RS 2022
• Tesla Model 3 Performance 2023
 

ss


Para pemain boleh menikmati pemanduan di dalam lokasi baharu iaitu litar bersalji Lake Louise yang terletak di World Heritage Canadian Rockies, menampilkan tiga litar iaitu Long Track, Short Track dan Tri-Oval.

Tiga buku menu tambahan boleh diakses pada menu Cafe, seperti berikut:
• Extra Menu No. 31 - Road Going Racers (Level 30 dan ke atas)
• Extra Menu No. 32 - Lexus (Level 34 dan ke atas)
• Extra Menu No. 33 - Red Bull X Series (Level 49 dan ke atas)
 

ss


Antara penambahbaikan terbaharu yang dibuat termasuklah:
• Video pembukaan yang dikemaskini dengan visual baharu
• Acara baharu Weekly Challenges
• Gran Turismo Sophy (untuk PS5 sahaja)
• Penambahan Master Licence ke dalam License Center Pavillion
• Meeting Place kini menjadi Paddocks seakan tempat parkir kereta
• Fungsi Split Screen (sehingga 4 pemain, untuk PS5 sahaja)
• Penambahan Polyphony Digital Tokyo Office ke dalam Scapes
• Paparan menu Dashboard baharu

 


Untuk mengakses kesemua ciri baharu yang disebutkan tadi, anda boleh mengemaskini permainan Gran Turismo 7 pada 2 November 2023.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Gran Turismo menyediakan kemaskini 1.43 yang sedia untuk dimuat turun, menampilkan tiga…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…