Kedua-dua kenderaan tersebut yang berhenti di lampu trafik kemudian mula bertengkar dan di akhiri dengan ungkapan bahasa kesat malah mendoakan agar individu terbabit dijangkiti Covid-19.
Namun petang tadi Pengarah Hospital Serdang menerusi satu kenyataan menafikan wanita berkenaan adalah kakitangan mereka mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia.
Netizen kemudiannya berjaya mengesan identiti wanita tersebut dimana beliau bukanlah seorang kakitangan KKM sebaliknya seorang Profesor dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tidak lama kemudiannya Universiti Putra Malaysia menerusi satu hantaran di Twitter tampil memberi maklum balas mengenai wanita tersebut dan mengesahkan wanita berkenaan adalah staf mereka.
UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.
“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” tulis pada kenyatan media yang di keluarkan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM berhubung isu berkenaan.
Dijengah ke ruangan komen, meskipun pada mulanya ramai yang berpihak kepada pemandu lelaki tersebut namun kini ada yang berpendapat wanita itu sebenarnya sudahpun menerima ‘hukuman’ selepas video yang menampakkan wajahnya tular di media sosial.
Sehubungan itu ramai yang memohon agar beliau tidak dikenakan tindakan berat seperti gantung atau dibuang kerja dan sebagainya.
InsyaAllah dah sedar.. cukup bagi teguran
Jangan sampai buang kerja
Bagi amaran sahaja, mungkin banyak jasa
- Hari ini hari dia, hari kita belum pasti, diharap dapat diselesaikan sebaik mungkin -