Ura-ura: BMW bakal hadir dengan model EV iM2 - M2 dengan trenkuasa elektrik 1,300 hp?

oleh Mohamad Hanif|
Mahukah anda mendapatkan sebuah jentera bersaiz M2, namun dengan trenkuasa yang mampu menyamai kuasa sebuah Koenigsegg One:1?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedengaran macam keterlaluan bukan?

Ini adalah berdasarkan laporan terbaharu daripada Car Magazine yang berjaya memetik informasi daripada sumber yang dipercayai mengesahkan kehadiran jentera terbaharu dari BMW.

 


Projek EV tersebut dinamakan sebagai Project Katharina, di mana ia merupakan sebuah M2 dengan trenkuasa elektrik yang bakal diperkenalkan bersempena ulang tahun yang ke-50 divisyen BMW M pada tahun hadapan.

Menurut laporan itu lagi, BMW M2 berkuasa elektrik itu dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,341 hp dengan pecutan 0-96 km/j hanya mengambil masa sepantas 2 saat dan pusingan di Litar Nurburgring di bawah tujuh minit!

Namun maklumat tersebut disangkal oleh laporan daripada BMW Blog di mana model iM2 yang dimaksudkan itu tidak akan hadir pada tahun hadapan, serta tidak mempunyai kuasa yang disebutkan itu tadi.

 


Berita tentang kehadiran iM2 itu masih lagi belum disahkan sepenuhnya, namun pada bulan lalu laman web automotif Motor1 berjaya mengesan kehadiran model ujian M2 tanpa sebarang kehadiran sistem ekzos di kawasan bersalji.

Selain daripada itu, bagi mereka yang mempunyai penglihatan yang tajam boleh mengesan penambahan di bahagian bawah lantai yang dipercayai menempatkan pek bateri yang diperlukan untuk sebuah kenderaan elektrik.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…