Ura-ura: Generasi baharu GR86 bakal jadi model hibrid, guna enjin GR Yaris!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Toyota GR86 generasi kedua masih lagi mengekalkan tradisi kereta sports pacuan roda belakang, transmisi manual dan enjin aspirasi natural (NA).
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Namun, terdapat laporan baharu yang mengatakan bahawa generasi baharu GR86 mungkin akan memperoleh perubahan besar demi mematuhi peraturan undang-undang emisi yang semakin ketat.
 

GR86


Antara perubahan yang dikatakan ialah penggunaan platform serba baharu, serta enjin baharu yang dapat menyokong usaha elektrifikasi model kereta sports tersebut.

GR86 yang baharu juga dikatakan tidak akan lagi menggunakan platform daripada Subaru. Kereta pacuan roda belakang itu tidak akan menggunakan platform TNGA sedia ada, sebaliknya akan menggunakan platform Lexus IS yang dipendekkan.
 

G16


GR86 generasi baharu juga bakal mendapat nadi hibrid, di mana enjinnya mungkin sekali diambil daripada GR Yaris dan GR Corolla iaitu enjin tiga silinder sebaris G16E-GTS 1.6L turbo. 

Di samping itu teknologi hibrid bagi GR86 mungkin akan diambil dari Crown Hybrid Max, tidak dapat dibayangkan kuasa yang bakal dihasilkan jika enjin ini digandingkan bersama sistem hibrid memandangkan GR Corolla dalam keadaan standard sudah mampu menghasilkan lebih kurang 300 kuasa kuda melalui enjin itu sendiri. 
 

G16


Walaupun sarat dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi, GR86 dikatakan masih lagi akan ditawarkan dengan transmisi manual!

Sumber: Carscoops
Penulis: Ahmad Danial

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang langsung tidak ditampal sebarang pelekat samaran itu menunjukkan persamaan rekaan yang…
Berita Global
Kini, generasi keempat Suzuki Swift 2024 sedia untuk menggalas tugas sebagai sebuah kereta kompak…
Berita Global
Ia dilihat sebagai satu alternatif sedan empat pintu kepada model sedan elektrik Porsche Taycan,…