Ura-ura: Honda mungkin hentikan produksi kereta sports kei S660!

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada langkah kerajaan Jepun untuk menghentikan penjualan kenderaan bernadikan petrol dan diesel, ia bakal menyaksikan beberapa buah model ikonik yang mungkin bakal dihentikan penawarannya tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu model yang terkesan adalah Honda S660, roadster kei berenjin tengah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015.

Menurut laporan daripada media tempatan Creative311, mereka mendapati Honda telah pun mula memperlahankan produksi S660 dan dalam notis di laman web produk S660, sesetengah warna dan varian tidak lagi ditawarkan kepada umum.

 


Selain daripada itu, kekurangan bekalan semikonduktor di peringkat global juga turut memberikan kesan kepada produksi, sehingga memaksa Honda mengurangkan target produksi bulanan yang menyebabkan kelewatan penghantaran kepada para pelanggan.

Untuk pasaran Jepun, Mini NSX ini tergolong di dalam kategori keicar, di mana ia hadir dengan enjin midship tiga silinder sebaris 660 cc turbo yang menjana 64 PS dan 104 Nm daya kilas, serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau CVT.

 


Awal tahun 2020, Honda telah melancarkan versi kemaskini terhadap model standard di mana perubahan yang dibawakan adalah bersifat minima di bahagian luar seperti unit lampu DRL LED, lampu belakang efek asap, serta gril hadapan.

Sementara ruang kabin pula menerima bahan yang lebih mewah seperti Alcantara pada roda stereng dan tombol gear, serta ciri pemanas terbina dalam pada tempat duduk.

 


Varian paling premium Modulo X pula mendapat warna cat baharu Carnival Yellow II, rim aloi dengan warna hitam, upholsteri Alcantara dan aksen Bordeaux yang menjadikan penampilan kabin S660 dua tona berbanding kabin S660 standard.

Di Jepun, harga jualan Honda S660 bermula dari 2,031,700 yen (RM79,201).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Set yang dijual lengkap dengan casis, tayar drift dan penghantar (transmitter) dan pemilik…
Berita Global
Honda Neo Classic Racer   Ianya adalah projek pengkomersialan Neo Classic Concept yang…
Berita Domestik
Menurut laporan, Honda diberitakan menambah kira-kira 650 unit lagi pengeluaran model S660 yang…