Ura-ura: Honda Prelude bakal dilahirkan semula sebagai EV, muncul 2028

oleh Mohamad Hanif|
Sudah lebih 20 tahun berlalu sejak Honda menghentikan penjualan model coupe Prelude yang berakhir pada generasi kelima.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdapat desas-desus yang mengatakan Honda bakal mengembalikan semula plet nama yang popular itu pada masa akan datang, akan tetapi mungkin sekali muncul sebagai model berkuasa elektrik.

Menurut laporan daripada Best Car Web, Honda bakal hadir dengan dua buah model kereta sports berkuasa elektrik, satu daripadanya merupakan model NSX manakala sebuah lagi dikatakan bakal menggunakan kembali nama Prelude.

Malah, kedua-dua model tersebut sebenarnya telah diacah oleh Honda dalam satu pembentangan perancangan elektrifikasi syarikat itu pada bulan April tahun ini.
 

EV


Biarpun telah dihentikan penawarannya buat masa ini, Honda NSX dikatakan bakal muncul semula sebagai sebuah model elektrik berdasarkan petunjuk oleh Naib Presiden Acura Jon Ikeda.

Yang pasti, Honda menjelaskan kedua-dua model kereta sports berkuasa elektrik ini akan menjadi model andalan yang bakal ditawarkan di peringkat global.

Dalam pada itu, Honda turut berkongsi perancangan elektrifikasi mereka untuk tempoh sepanjang dekad ini.

Pasaran Amerika Utara dijangka akan mendapat dua buah EV bersaiz pertengahan dan saiz besar pada tahun 2024 menerusi kerjasama dengan GM, serta tidak ketinggalan sebuah SUV baharu untuk jenama Acura.

Manakala pasaran China pula dijangka akan menerima 10 buah model EV baharu di dalam siri Honda e:N menjelang tahun 2027.

Pasaran Jepun pula bakal mendapat model EV mini untuk kegunaan komersial seawal tahun 2024, diikuti oleh model kei-car elektrik dan SUV elektrik.

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan kenyataan daripada wakil jurucakap Honda sebelum ini, Prelude Concept bukanlah sebuah…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…
Berita Global
Berdasarkan laporan terbaharu daripada MotorTrend, Honda telah mendaftarkan tanda dagang bagi nama…