Ura-ura: Kia Stinger, K5, Hyundai Sonata bakal dihentikan jualan di US

oleh Mohamad Hanif|
Segmen sedan bukanlah satu pilihan yang popular di mana kebanyakan pengeluar sudah pun mula mengurangkan penawaran model tersebut di beberapa pasaran demi memberikan laluan kepada genre SUV dan crossover.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Amerika Syarikat, terdapat ura-ura Hyundai Motor Group mahu menghentikan penjualan bagi tiga model sedan di sana, iaitu Hyundai Sonata, Kia Stinger dan juga Kia K5.
 

Sonata


Malah, Hyundai juga sebenarnya dilapor tidak akan meneruskan model global Sonata, di mana generasi terkini bakal menjadi generasi Sonata yang terakhir selepas versi facelift dilancarkan pada tahun hadapan.

Selain daripada itu, Kia juga akan turut menghentikan penjualan bagi dua buah model sedan iaitu model pacuan roda belakang Kia Stinger dan Kia K5 (Kia Optima) yang berkongsi platform yang sama dengan Sonata.

Dalam laporan terdahulu oleh Korean Car Blog, produksi Kia Stinger akan dihentikan bagi memberikan laluan kepada produksi kenderaan elektrik bertempat di kilang Sohari, Gwangmyeong.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…