Ura-ura: Mercedes-Benz EQG bakal kekalkan rekaan ikonik G-Wagen

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Kolesa.ru
Salah satu daripada model yang paling ikonik dengan jenama Mercedes-Benz tidak akan terlepas daripada program elektrifikasi yang dijalankan oleh jenama mewah itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Autocar, Mercedes-Benz mungkin akan hadir dengan sebuah model konsep berkuasa elektrik (EQG) menjelang acara IAA Munich September ini dengan mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada Gelandewagen itu.

Ia merupakan satu-satunya SUV yang dibina atas pelantar ladder frame, dan kerangka yang serba tahan lasak itu akan turut dikekalkan pada model Mercedes-Benz EQG, menjadikannya sebuah EV off-road yang serius dan sama hebat dengan G-Class standard.

Tambah laporan itu lagi, mereka percaya kerangka asal G-Wagen dengan jarak antara roda 2,890 mm itu mampu memuatkan pek bateri berkapasiti 107.8 kWh yang diperoleh daripada model EQS.
 

Gelandewagen


Selain itu, Mercedes juga difahamkan akan mengekalkan elemen rekaan berkotak yang ikonik pada model EQG, walaupun rekaan batu-bata itu tidak memberikan efek yang baik terhadap aspek aerodinamik, serta memberikan kesan kepada kecekapan trenkuasa elektrik yang dimuatkan.

Namun, seperti model-model EQ yang lain, EQG juga akan menampilkan elemen EV seperti rekaan gril yang tertutup, bampar serba baharu, rekaan roda aloi serta beberapa sentuhan bagi membolehkannya senang dibezakan dengan model G-Glass sedia ada.

Mercedes-Benz EQG akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2024 namun sebelum itu pengeluar dari Jerman itu akan melancarkan beberapa buah model SUV elektrik iaitu EQS SUV dan juga EQE SUV, dan berkemungkinan besar EQC selepas pelancaran GLC-Class pada tahun hadapan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…