Urus model Lamborghini paling laris, 20 ribu unit dalam masa empat tahun produksi!

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini Urus kini masih lagi memegang takhta sebagai SUV Lamborghini yang paling laris terjual dalam tempoh masa yang singkat, dengan 20,000 unit sudah pun keluar dari barisan pengeluaran Lamborghini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit yang ke-20,000 itu dilayangkan dengan warna Viola Mithras, diikuti dengan rim dan angkup brek berwarna hitam sebelum dihantar kepada pemilik bertuah yang menetap di Azerbaijan.
 

Urus


Selain bertanggungjawab melariskan jualan model-model Lamborghini, Urus juga menyumbang kepada peningkatan saiz kilang asal Lamborghini, dari 80,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, dan menyaksikan penambahan kira-kira 500 orang pekerja baharu.

Malah, menurut Lamborghini 70 peratus daripada pembeli Urus merupakan pelanggan yang pertama kali memiliki sebuah Lamborghini.

Selain daripada rupa paras yang agresif, Urus juga sebenarnya merupakan sebuah SUV yang sangat berkuasa, terima kasih kepada enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa 641 hp dan 850 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…