Urusan pembaharuan LKM di Pejabat Pos dihentikan buat sementara waktu

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: NST
Segala urusan melibatkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) bagi kenderaan persendirian kini dihentikan buat sementara waktu di semua pejabat pos di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia, arahan tersebut berkuatkuasa bermula 23 Februari sehingga 31 Mac 2021 berikutan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Walaubagaimanapun, urusan lain seperti pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih lagi boleh dijalankan di semua kaunter pejabat pos di seluruh negara.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan telah pun memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bersempena pelaksanaan PKP 2.0, di mana pemandu masih lagi boleh mengoperasikan kenderaan selagi mempunyai sijil insurans yang sah (e-cover note).