USAF Mahu Guna Tesla Cybertruck Sebagai Sasaran Ujian Peluru Berpandu

oleh Qalif Latif|
Tesla kini bergelut mencari pembeli untuk Cybertruck yang kurang mendapat sambutan, namun perkembangan terbaharu ini mungkin langsung tidak dijangka oleh Elon Musk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dilaporkan mahu mendapatkan dua unit Cybertruck untuk dijadikan sasaran tembakan ujian peluru berpandu.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Berdasarkan dokumen kontrak kerajaan yang dimuat naik secara rasmi, USAF sedang mencari Towable Target Vehiclesatau kenderaan sasaran yang boleh ditunda bagi ujian tembakan secara langsung. Walaupun beberapa jenis kenderaan disenaraikan, Cybertruck adalah satu-satunya model yang disebut secara khusus.

Menurut penjelasan mereka, pemilihan Cybertruck bukanlah disebabkan rupa luaran yang “mual” dilihat, tetapi kerana reka bentuknya yang “agresif, bersudut futuristik” dengan kerangka keluli tahan karat tanpa cat, selain tuntutan pemasaran Tesla yang mendakwa ia “kalas peluru”. USAF turut beranggapan musuh berpotensi menggunakan Cybertruck kerana ujian menunjukkan ia “tidak menerima tahap kerosakan seperti kenderaan biasa apabila mengalami hentaman besar”. Malah, carian dalam talian mendapati seni bina elektrik 48-volt Cybertruck dianggap lebih maju daripada semua pesaing.

USAF tidak memerlukan Cybertruck yang masih berfungsi, namun kenderaan itu mesti lengkap dengan semua cermin dan cermin sisi, tayar boleh digunakan serta boleh digerakkan. Bateri lithium-ion seberat 1,600 paun perlu dikeluarkan, dan semua cecair dalaman mesti dikosongkan.

Difahamkan, mencari Cybertruck terpakai yang rosak tetapi tidak terlalu teruk tidaklah sukar, memandangkan model ini terbukti agak rapuh di dunia sebenar antaranya mengalami kerosakan elektronik selepas melalui mesin basuh kereta, retak rangka, dan patah dudukan suspensi selepas menghentam lubang jalan.

Selain dua unit Cybertruck, USAF turut mencari enam sedan hitam, enam sedan putih, enam sedan biru atau hijau, lima SUV, lima trak pikap, serta tiga trak mini (kei trucks) yang dirujuk sebagai “Bongos” untuk ujian yang sama.

Persoalannya, apa dosa kei truck hingga tersenarai, dan mengapa bukan semua 33 kenderaan itu digantikan dengan Cybertruck sahaja?

Sumber: Jalopnik

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jenama Luminox sudah semakin popular dikalangan penggemar jam tangan. Ia adalah alternatif yang…