Utah negeri kedua di US benarkan motosikal menyelit

oleh HEZERI SAMSURI|
Utah menjadi negeri kedua di Amerika Syarikat yang membenarkan penunggang motosikal untuk menyelit di antara kereta-kereta di dalam kesesakan lalulintas.

California sudah lama mempunyai undang-undang HB149 yang membenarkan "lanesplitting" dan Utah turut serta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu ia hanya membenarkan motosikal bergerak di antara kenderaan lain dalam kawasan dengan kelajuan maksimum 45 kmsj.

Ia bermakna penunggang motosikal hanya boleh menyelit di kawasan urban yang sibuk.

Kajian oleh kerajaan California berkata peratusan kematian dalam kemalangan motosikal menurun sebanyak 30 peratus selepas California membenarkan motosikal untuk menyelit pada 1 Januari 2017.

Ini ialah kerana pemandu kereta sudah menjangka motosikal akan menyelit dan mereka akan memberikan ruang.

Untuk mereka yang berkata ia tidak adil, sekiranya motosikal beratur seperti kereta, ia bermakna setiap motosikal ialah satu tambahan kereta di dalam barisan itu.

Di Malaysia, undang-undang tidak mengatakan menyelit itu ialah satu kesalahan dan pemandu-pemandu sudah arif akan ada motosikal di antara kenderaan.

Yang menjadi masalah ialah laluan sikal semakin menjadi hiasan sahaja, walaupun telah diperbaiki.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…