Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh, 5 mangsa terperangkap

oleh SALINA JALIL|
Sebuah van kilang dihempap runtuhan jejambat sebuah projek lebuh raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak, di sini, hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6 petang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Operasi menyelamat kini sedang dijalankan. Maklumat lanjut berhubung punca dan keadaan mangsa masih dalam siasatan.

 

"Kejadian berlaku di MRR2 menghala ke Ampang," katanya ketika dihubungi.

 

Setakat ini, kesesakan teruk berlaku di jalan berkenaan susulan runtuhan dan operasi menyelamat dilakukan.

 

Beberapa video serta gambar kejadian mulai tular di media sosial.

 

* Berdasarkan maklumat terkini yang diterima, dipercayai ada lima mangsa terperangkap di dalam van kilang berkenaan.

 

 

Harian Metro