Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL Express di Tai Seng Drive ke Potong Pasir.
Tayar prototaip itu menarik perhatian orang ramai melalui rupanya yang begitu berbeza jika dibandingkan dengan tayar konvensional, tayar kalis tusukan itu memiliki binaan seakan topang bergetah untuk memastikannya kukuh dan tegap tanpa isian angin.

Menjelang akhir tahun 2023, DHL Express akan memiliki 50 buah van dilengkapi tayar prototaip itu sebagai sebahagian dari percubaan oleh syarikat tayar Michelin, yang akan dijalankan sehingga 2025.
Selain Singapura, tayar kalis tusukan itu juga diuji di beberapa negara lain seperti Thailand dan US, Michelin menyatakan bahawa tayar itu akan memiliki ketahanan yang sama seperti tayar konvensional.
Michelin juga sedang menjalankan penyelidikan menggunakan teknologi cetakan 3D untuk menguji bahan baharu pada tayar yang haus bagi memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan pembaziran.
Bagi tayar yang digunakan sebagai ujian di Singapura, ianya dihasilkan dari kilang Michelin di South Carolina, US yang didatangkan dengan roda khas dan boleh dipasang terus pada van.
Michelin dikatakan sedang berusaha dengan rakan kongsi industri untuk menjadikan teknologi tayar itu tersedia secara komersial menjelang "pertengahan dekad".
Hal ini membuatkan pembuat tayar Perancis itu menerajui saingan diantara syarikat lain seperti Bridgestone dari Jepun, Hankook dari Korea Selatan dan jenama US Goodyear, yang sama ada telah membuat pengumuman atau membentangkan prototaip awal idea serupa.
Sumber: The Straits Times