Vanwall Vandervell debut sebagai EV hothatch, hanya 500 unit dihasilkan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Nama Vanwall pastinya bukan suatu nama yang biasa didengar dalam dunia automotif masa kini, tetapi semasa era 50 an, Vanwall merupakan salah satu pasukan Formula 1 berjaya yang ditubuhkan oleh Tony Vandervell dan Colin Chapman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Antara pelumba yang pernah memandu bersama pasukan Formula 1 Vanwall ialah Stirling Moss, Maurice Trintignant dan ramai lagi nama besar era 50 an.

 

2

 

Syarikat itu kini dihidupkan semula bukan sahaja dengan kehadiran produksi Vandervall, malahan mempunyai bahagian sukan perlumbaan yang kini sedang berusaha untuk menyertai perlumbaan FIA WEC.

Dinamakan sempena salah seorang pengasasnya, Vandervall merupakan sebuah EV hot hatch yang ditawarkan dengan dua varian iaitu Standard dan Plus.

 

3

 

Rekaan luarnya didatangkan dengan reka bentuk gaya retro, bersama splitter hadapan, skirt sisi dan diffuser gentian karbon yang memberikannya rupa agresif dan garang.

Setakat ini syarikat itu hanya berkongsi gambar rendering komputer hot hatch tersebut, butiran bahagian dalaman juga masih belum didedahkan.

 

5

 

Apa yang menarik setakat ini mengenai hot hatch itu ialah angka kuasa yang dihasilkan, varian Vandervell S dikuasakan 2 motor elektrik menghasilkan 320 HP dengan jarak gerak 450 km.

Manakala varian Vandervell P pula memiliki jarak gerak sedikit rendah berbanding varian Standard iaitu 420 km, tetapi menghasilkan sehingga 580 HP bersama dua motor elektrik, kapasiti bateri kedua-dua varian juga masih belum didedahkan.

 

5

 

Vanwall berkata mereka akan menghasilkan 500 unit untuk produksi pertama model tersebut, ianya akan mula dihantar pada suku ketiga tahun ini dengan tanda harga bermula dari USD138,500 (RM587,794).

 

Sumber: motor1.com