Varian X untuk Innova pula (RM132,800)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk mereka yang dalam pasaran untuk membeli MPV, UMW Toyota kini mempunyai varian X untuk MPV popular mereka, Innova.

Toyota Innova 2.0 X ini menjadi varian paling premium bagi MPV itu dan antara fungsi yang ditambah ialah:

  • Trim krom di depan
  • Overfender pada lengkung tayar
  • Bingkai tingkap guna krom hitam
  • Skirting agar nampak lebih rendah
  • Lampu LED lengkap dengan pelaras tinggi automatik dan fungsi Follow-Me-Home selama 30 saat
  • DRL LED
  • Lampu kabus jenis LED
  • Pakej kulit untuk kabin
  • Kerusi pemandu bolehlaras guna elektrik
  • Kerusi kapten untuk barisan kedua
  • Roda aloi 17-inci (Innova varian laine menggunakan saiz 16-inci)
  • Lampu biru LED keliling dalam kabin ala kenderaan mewah
  • Sistem audio seperti Innova 2.0G - skirn 8-inci dengan sistem DVD-AVX lengkap dengan Bluetooth, WiFi, Voice Recognition, output HDMI dan USB
  • Lebih penebat bunyi untuk kabin yang lebih senyap

 

Enjin petrol 2.0-liter 1TR-FE Dual VVT-i dengan 137 hp dan 183 Nm yang menggerakkan roda belakang melalui transmisi automatik 6-kelajuan ini mempunyai tiga mod pemanduan - Normal, ECO dan Power. 

Paling penting, ia mendapat penarafan EEV, membutkikan ia sebuah MPV yang efisien (9.4L/100 km untuk manual dan 9.1L/100km untuk automatik - data dari Paul Tan).

Dari segi keselamatan, ia mendapat penarafan 5-bintang dalam Asean NCAP dan Innova 2.0 X datang dengan tujuh beg udara, VSC, Traction Control, ABS, EBD, BA, Hillstart Assist dan pelbagai lagi.

Seperti biasa, waranti ialah 5-tahun tanpa had perbatuan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Rupa paras luaran MPV hibrid ini masih lagi kekal dengan versi facelift yang telah dilancarkan kira…
Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…