Vcharge Asia dedahkan generasi terbaharu pengecas EV, pengecasan 80% lebih pantas

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebuah lagi penyedia perkhidmatan e-mobiliti Malaysia, Vcharge Asia baru-baru ini telah mendedahkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) generasi seterusnya di International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai jenama di bawah Ocean Vantage Holdings Bhd (KLSE:OVH), Vcharge Asia komited untuk menubuhkan perkhidmatan digital dan rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang meluas.

Fokus utama mereka adalah untuk meningkatkan kelajuan pengecasan dan kecekapan infrastruktur pengecasan, dengan sasaran 100 infrastruktur pengecasan di seluruh Malaysia.

Ianya bakal dibantu dengan pencapaian luar biasa untuk mengurangkan masa pengecasan biasa iaitu selama 3 jam kepada hanya 30 minit, di mana ia menunjukkan peningkatan ketara melebihi 80 peratus dalam tempoh pengecasan.

Vcharge menggunakan pendekatan inovatif untuk infrastruktur pengecasan dengan menempatkan stesen-stesen mereka di tempat letak kereta yang dimiliki oleh majlis perbandaran, khususnya bagi memenuhi hab pejabat dan komersial yang sibuk.

 

2

 

Dengan kerjasama Open Charge Point Protocol (OCPP), para pengguna tidak perlu risau kerana platform Vcharge serasi dengan lebih dari 50 jenama peralatan pengecasan EV.

Pemantauan rangkaiannya termasuk jenama in-house dan integrasi yang lancar dengan jenama-jenama peralatan pengecasan lain, sekaligus mencerminkan komitmen terhadap kepelbagaian dan aksesibiliti pengguna.

Bukan sekadar infrastruktur pengecasan, pengguna EV kini boleh memantau dan menguruskan proses pengecasan secara digital melalui platform all-in-one mereka.

Aplikasi Vcharge membolehkan pengguna menavigasi pengalaman pemanduan dengan mudah, bermula dengan pencarian stesen pengecasan terdekat dan memeriksa ketersediaan titik pengecasan secara real-time, sehingga memantau progres pengecasan dari jauh.

 

3

 

Vcharge Asia menawarkan portfolio peralatan pengecasan EV yang luas daripada modul pengecasan DC, pengecas DC mudah alih, dan pengecas AC dipasang dengan baik.

Penyelesaian khas syarikat penyedia itu sekaligus dapat memenuhi keperluan EV yang pelbagai, dari kereta peribadi hinggalah bas awam.

Menjelang tahun 2024, Vcharge Asia dijangka akan memperluas portfolio dengan memanfaatkan kepakaran mereka sebagai penyedia penyelesaian.

Antara langkah seterusnya yang bakal diambil ialah memulakan pemasangan pengecas di tempat letak kereta yang diuruskan oleh DBKL, Putrajaya, MBSJ, dan MBPJ.

Pada masa yang sama, sebagai penghormatan kepada akar umbi jenama itu, pemasangan pengecas yang sama akan dimulakan di Miri, dan bandar-bandar lain di Sarawak.