Venue - Crossover terkecil dari Hyundai

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hyundai baharu sahaja melancarkan crossover sub-kompak mereka yang dikenali dengan nama Hyundai Venue. 

Dengan dimensinya yang lebih kecil daripada Hyundai Kona, Hyundai Venue 2020 ini mempunyai penampilan front fascia yang agak berani, dimana lampu utama berbentuk kiub dan lampu nyalaan siang yang lebih tirus.

Ia juga disusuli dengan lampu belakang berbentuk sama, garisan badan yang ringkas dan memberikan pemiliknya lebih keyakinan untuk tampil di khalayak ramai. 
 


Rim bersaiz 15 inci yang menghiasi ruang arca roda didatangkan secara standard, namun terdapat pilihan rim 17 inci bagi mereka yang inginkan penampilan yang lebih sporty.

Penampilan papan pemuka pula tampak ringkas dengan layangan warna dua tona. 

Apa yang menarik, sistem paparan yang terletak di tengah telah di'tanam' bagi menjadikan ia lebih neutral dan tidak lagi terasing seperti rekaan yang dibawakan oleh kereta Hyundai masa kini. 

Ciri sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay turut didatangkan secara standard bagi memenuhi keperluan para pengguna zaman moden. 
 


Kecil daripada Kona tidak bermakna ia menawarkan ruang yang kecil, sebaliknya Venue masih mampu memberikan ruang kargo seluas 530 liter dan mampu mencapai kapasiti sehingga 903 liter apabila tempat duduk dibaringkan. 

Dari segi keselamatan, Hyundai Venue didatangkan dengan ciri keselamatan terkini seperti:

  • Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang, 
  • Amaran Tumpuan Pemandu
     


Menjana kuasa pada crossover ini ialah enjin Gamma Smartstream 1.6 liter empat silinder sebaris yang dinaiktaraf daripada enjin Gamma terdahulu, memberikan lebih penjimatan bahan api sebanyak 14 km untuk setiap liter. 

Ia digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau transmisi automatik Intelligent Variable Transmission (IVT). 

Secara asasnya, Hyundai Venue merupakan sebuah crossover pacuan roda hadapan, namun Hyundai dikatakan bakal menambah ciri mod salji terutama bagi pelanggan dari negara yang mengalami musim sejuk. 
 


Warna pilihan pula ditawarkan dengan lapan opsyen, iaitu Ceramic White, Black Noir, Steller Silver, Galactic Gray, Scarlet Red, Intense Blue, Green Apple dan Denim
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…