Vespa Malaysia buka Pusat 3S Vespa di Skudai

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group selaku pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia mengumumkan pembukaan pusat 3S Vespa yang terletak di Skudai, Johor baru-baru ini.

Dikendalikan oleh Ng Brothers Motor, pusat 3S ini merupakan sebuah pusat sehenti dinamik menawarkan barisan penuh produk ikonik Vespa termasuk pusat khidmat pelanggan, selain membawakan identiti korporat terkini Vespa.

Menurut Rewi Hamid Bugo, pengerusi Didi Resources Sdn Bhd berkata, pembukaan Vespa Skudai ini mencerminkan usaha mereka untuk memperkukuhkan kedudukan, selain meluaskan lagi jaringan pengedaran Vespa di Malaysia.

Pusat 3S Vespa ini terletak di 33, Jalan Pakis 1, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
SSKB telah melabur sebanyak RM 2 juta untuk Pusat 3S baharu mereka bagi naik taraf yang merangkumi…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh K.M. Lim Auto Sdn Bhd, pusat 3S baharu ini mempunyai binaan dua tingkat dengan…
Berita Domestik
Dibina atas kawasan berkeluasan 1,400 meter persegi, pusat 3S baharu ini menawarkan barisan lengkap…