Vespa Malaysia lancar Primavera Sean Wotherspoon - dari RM24,900

oleh Mohamad Hanif|
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia melancarkan produk skuter baharu Vespa Primavera Sean Wotherspoon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Amerika Syarikat, Sean Wotherspoon merupakan salah satu ikon fesyen anak muda yang kian meningkat, dan Didi Resources teruja untuk membawakan model spesifik yang berani ini bagi menarik perhatian golongan muda di Malaysia.

 


Dari segi luaran, Vespa Primavera ini menampilkan elemen penggayaan yang unik dan vintaj 80-an dan 90-an, gandingan bahan keluli, plastik, velvet dan getah, serta warna yang menyerlah seperti kuning, merah, hijau gelap, dan aquamarine.

Sementara warna aksen putih pula menghiasi beberapa bahagian seperti tie hadapan, profil sisi, serta bahagian rim yang dikontraskan dengan logo Vespa.

 


Rekaan tersebut kemudian disempurnakan oleh kemasan krom pada rangka lampu utama, rak barang, bar pemegang di bahagian penumpang, dan kemasan hitam pada pemegang tangan dan pelindung peredam.

Manakala bahagian sisi pula dihiasi dengan pengulangan nama 'Primavera' bagi membentuk perspektif optikal.

Vespa Primavera Sean Wotherspoon boleh didapati bermula bulan ini di kesemua jaringan Vesla di seluruh Malaysia, dengan harga jualan bermula dari RM24,900.

 


Selain daripada itu, Sean Wotherspoon juga turut memiliki koleksi 'kapsul' yang merangkumi 2 t-shirt, hoodie dan seluar.

Vespa Primavera Sean Wotherspoon dan koleksi kapsul pakaian tersebut boleh didapati di kedai Crossver di Sunway Pyramid, Selangor dan Southkey Mall, Johor.