Vespa Racing Sixties Sprint, GTS dilancarkan - bermula dari RM19,100

oleh Mohamad Hanif|
Diinspirasikan daripada perlumbaan 'gentlemen riders' era 1960-an, Vespa Malaysia menerusi pengedar rasminya Didi Resources membawa masuk dua model skuter baharu di bawah tema Vespa Racing Sixties, iaitu Vespa Sprint dan juga Vespa GTS Super.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model Vespa tersebut boleh didapati dengan dua pilihan layangan warna menarik, iaitu gandingan kuning dan hijau atau warna putih dan merah.

 

 


Selain daripada skema warna yang klasik itu, ia juga turut dilengkapi dengan rim berwarna emas metalik, pelana serba baharu dengan balutan PVC untuk perlindungan cuaca, serta rekaan grafik dan jalur perlumbaan dua tona yang menghiasi bahagian sisi skuter dan juga tie hadapan.

Tambahan kemasan pula hadir dalam warna matte black untuk komponen grab handle penumpang dan juga tempat pemijak kaki, peredam bunyi, cermin sisi, serta kemasan di sekeliling lampu utama.

 

 


Dari segi kuasa, Vespa Sprint didatangkan dengan enjin 150 cc i-Get silinder tunggal yang menghasilkan 12.7 kuasa kuda dan daya kilas 12.8 Nm, sistem sejukan udara dan transmisi automatik.

Aspek keselamatan dibantu dengan kehadiran sistem brek ABS saluran tunggal, lampu utama LED, lampu nyalaan siang serta ciri immobilizer.


Manakala model GTS Super pula dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang HPE 278 cc yang mampu menjana 20.9 kuasa kuda dan tork maksimum 22 Nm pada putaran enjin 5,000 rpm.

Tidak seperti model Sprint, GTS Super dilengkapi dengan sistem brek ABS dua hala dan juga ASR.

 


Harga jualan bermula dari RM19,100 untuk model Sprint dan RM31,400 untuk model GTS Super.

Selain daripada itu, pihak Didi Resources juga turut menawarkan promosi helmet, T-Shirt dan juga Sweater yang didatangkan dalam gandingan warna putih/merah atau hijau/kuning, selari dengan tema Vespa Racing Sixties yang dibawakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…